Monday, 18 December 2017

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS

πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak boleh belajar lagi dengan prof. Mesti rindu saat prof cakap "apa-apa pun awak kena redho". Hari ini, kami buat sesi bergambar bersama-sama prof. Prof sangat sporting dan lawak, jadi memang kami 1 kelas enjoy kelas prof ni. Ikhlas saya cakap, saya memang enjoy kelas multimedia ni.

πŸ’› Kami diminta untuk mengambil gambar 1 kumpulan dan perlu menulis nama serta no.matrik bagi memudahkan prof untuk menyemak dan beri markah.

 

πŸ’œ Terima kasih prof. sebab ajar kami satu benda yang baru. Bukan sahaja belajar bahasa tapi budak bahasa jugak mampu berlakon, menyanyi, buat kalender, buat video melalui power point. Kalau tak masuk kelas ni, aku memang tak tahu langsung yang dekat power point boleh buat video dan jenis-jenis fotografi. Terima kasih prof. sayang prof. sangat-sangat. #Prof.Awesome #Prof.ComelBilaTakutHantu. hahahaha
Gambar kumpulan MokCun bersama Prof.Dr Normaliza
 

SITI ATIQAH BT RAMLE
177379

Saturday, 16 December 2017

BBM3410-MOK CUN

MOK CUN

😻 Kumpulan Mok Cun ini terdiri daripada 5 orang ahli. Siti atiqah iaitu aku sendiri, Nadia Shuhada, Atikah Azimi, Syafinah dan Azimah Ishak. Nama kumpulan ni hasil persetujuaan semua ahli kumpulan. Semua budak kelas pun tahu, kebanyakkan ahli kumpulan kami ni majoriti orang utara.

😻 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan MokCun sebab sama-sama beri sepenuh kerjasama bagi menyiapkan semua tugasan sama ada tugasan Fotografi ataupun Video. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, dan ia akan jadi kenanagan yang terindah sepanjang tempoh persahabatan kita di UPM. Setiap tugasan, semua dapat rasa jadi watak penting dan cuba sesuatu yang tak pernah buat. Terima kasih semua, sayang hampa semuaπŸ’•πŸ’•πŸ’•.

😻Dalam bahagian ni, aku akan cerita sikit tentang kawan-kawan aku:

 

 


Ni nadia shuhada. Dalam setiap video kami buat ada watak-watak sendiri. Ini antara watak nadia pegang dalam video seram. Hantu cantik! hahahaha. Dalam Video One shot 2 layer nadia pegang watak utama iaitu jadi penyanyi lelaki. Watak perempuan gedik pun nadia pernah bawak tau. Comel ja nadia jadi laki masa tu. Jadi setiap minggu, semua akan dapat watak-watak yang tak pernah buat.  Aku ler tu mekapkan muka nadia sampai jadi terok macam tu. HAHAHA!





Ni Atikah Azimi. Dia ni selalu pegang watak lelaki ja. HAHAHA!! Tapi dia pandai main watak lelaki sebab tu kami semua sepakat bagi watak tu dekat dia. Video kedua dia jadi lelaki skema, memang skema betullah tikah pakai masa tu. Video ke 3 yang lagu 2 insan pulak tikah jadi penyanyi laki. Jenuh dia hafal lagu sebab lagu slow tapi lirik dia cepat sangat nak nyanyi pun kalut-kalut ja.






 Ni azimah ishak. Azie ni dalam video pertama dia jadi penyanyi lelaki.  Dalam video kedua jadi tukang sapu. Tapi azi berjaya buat humor dalam video kedua tu. GOOD JOB AZI! hahaha. Yang ni watak azi dalam video seram jadi nenek kebayan. Nampak tua an? aku la jugak mekapkan azi.. takut la tengok depan-depan. HAHAHAHA




Ni pulak Syafinah. Kami panggil fina ja. Fina ni dalam video pertama jadi ana rafali, aku nak tergelak tengok fina tak tau pasai pa rasa terhibur. Mungkin sebab aku tak pernah tengok fina duk menari buat gaya apa semua kot. Watak dalam gambar fina jadi nenek. Alahai, jenuh nak bagi putih kening dia sebab tebal dan hitam sangat. Nampak tua kan? Jadia semua merasa jadi watak penting dalam setiap video kami hasilkan.

BBM3410-AMALI 2



AMALI 2

πŸ’• Tugasan 2 untuk kelas amali ni ialah buat kalender  tahun 2018. Dengar pun dah macam gempak kan? tapi sementara nak dapat hasil tu, mencarut jugaklah sebab susah jugak. Belajar sendiri melalui Youtube, macam mana nak edit gambar, crop gambar pastu sesuaikan dengan latar belakang, cara buat layer-layer dalam kalender, edit sendiri kalender bagi dalam bahasa Melayu dan lepas tu kena ada kata-kata hikmah. Kalender ini untuk koleksi peribadi aku jadi kata-kata hikmah aku pilih untuk motivasikan diri sendiri ja lah.

πŸ’• Kalender ini kami edit guna Adobe Photoshop. Nasiblah dalam laptop ni memang dah ada aplikasi ni. Jadi, aku taklah jakun sangat sebab aku dah pernah main aplikasi ni untuk crop gambar masa zaman sekolah dulu. Tapi nak buat kalender sampai bermingu-mingu jugaklah sebelum nak cetak. Seorang budak kelas kami iaitu Azimah dan rakannya Nadia dan Atikah Zimi yang tolong kutip duit dan kumpul soft copy kalender untuk cetak di kedai dekat Sri Serdang.πŸ’•πŸ’•

πŸ’• Harga kalender ni rm28. Kami duk merungut cakap mahal tapi berbaloi bila tengok hasilnya sebab kertas kami tu yang kulit keras dan berkilat, kertas paling elok la senang cakap. Pastu aku pun ciwi syiok post dalam Instagram tentang kalender ni dan ramai kawan-kawan aku wasap dan DM tanya sai kalender . Sapa tak suka bila dipuji hasil kerja ni cantik dan tip top.hahahaha… dan ada yang siap nak tempah suruh buatkan kalender ni termasuk mak aku jugaklah yang tempah. HAHAHAHA!!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ’•Berikut merupakan antara beberapa contoh kata-kata hikmah yang aku letak dalam kalender :

  • Hati yang terluka umpama besi bengkok, walau diketuk sukar untuk kembali   kepada bentuk asalnya.
  • Hargai sesuatu yang sederhana, kadangkala itulah yang membuatkan kita bahagia.
  • Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu,maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.
  • Tuhan menciptakan penyesalan biar kita tahu bahawa tidak semua hal boleh diulang di dunia ini.

πŸ’•Berikut merupakan gambar kalender 2018 yang telah aku hasilkan. Macam mana? cantik ke idokkk? hahahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
 

BBM3410-AMALI 1


SLIDE LAGU

πŸ’œπŸ’™ Hai semua.. nak cerita lah sikit yang kelas Multimedia dalam Bahasa ini juga ada kelas amali. Tugasan ini adalah individu, jadi amali pertama kami buat adalah buat video melalui Power Point . Haa.. amacam? hebat tak? hahaha mula-mula masuk macam jakun jugak sebab tak tau apa kan. Semua kami prosah buat sendiri. Kelas ni, dipantau oleh grf prof. Cik Masitah.

πŸ’œπŸ’™ Kami kena sediakan 20 gambar untuk buat 20 slide show. Hahaha…masa tu pakat kalut cari la gambar family, gambar bersama kawan-kawan dan gambar permandangan yang sendiri tangkap. Nasiblah, aku ni jenis suka simpan jugak gambar permandangan.
Awal-awal buat benda ni mencarut jugaklah sebab nak edit lagu tu kena betul-betul ikut lirik lagu. Aku pilih lagu β€˜Pesan’ nyanyian Irfan Haris penyanyi budak-budak baru nak up tu. Lagu dia best sebab aku boleh sesuaikan gambar dengan lirik. Tak daklah cantik sangat aku edit.

πŸ’œπŸ’™ Bawah ni merupakan beberapa contoh  slide yang aku buat:















 

BBM3410-MINGGU 13

VLOG

πŸ’šπŸ’› Hai semua, minggu ini merupakan sebelum minggu  terakhir kelas Multimedia dalam Bahasa.  Yelah, minggu 13 tu hari cuti umum jatuh pada hari isnin jadi kelas tiadalah. Makanya. kami kena buat vlog iaitu satu video individu. Vlog ini bertujuan untuk menceritakan pengalaman ambil kelas BBM3410 sepanjang 1 semester.

πŸ’šπŸ’› Sebenarnya 4 minit ja kena cakap, tapi rasa tak cukuop sebab tak dan cerita semua apa yang terjadi. Video ini boleh ambil dalam bentuk medium shot tapi tak boleh long shot. Video tu jangan lah duk pusing-pusing banyak sangat nanti prof pening nak tengok. Boleh panning sikit ja dan Boleh bertukar-tukar lokasi dan latar belakang tu mestilah menarik.

πŸ’šπŸ’› Jadi aku rakam video ni secara selfie di taman permainan Taman Sri Serdang. Cantik jugak tempat dia. Cabaran dia, kena tahan malu sebab nak rekod ni depan orang ramai. Tempat awam kan, jadi ramailah duk tengok aku pelik ja. Da lah orang lalu-lalang belakang sampai dah jadi macam video 3 layer dengan orang lalu dan pokok goyang. Hehehe. praktiskan apa yang dah belajar. 

Bawah ni, link video vlog:

BBM3410- MINGGU 12

VIDEO SERAM

πŸ’— Hai semua.. kali ni nak cerita sikit tentang tugasan membuat video seram pendek. Tugasan ini kena siapkan pada minggu 11 lagi. Awal-awal prof. bagi tugasan ni, aku dah rasa cuak kot. Yelah kena berlakon hantu-hantu sebab takut kena gangu ja bukan apa kan. Tapi ni memang pengalaman yang paling menarik sebab kami semua kerjasama cari prop la dan rancang jalan cerita. Dalam video ini aku dapat pengalaman mekapkan hantu-hantu. HAHAHA!!! habis muka cantik kawan aku jadi buruk.  Untuk pengetahuan semua, video ini hanya diperuntukkan selama 7 minit sahaja. Tak jauh pun lokasinya, dekat Kolej 14 ja. Hahaha..
πŸ’— Kumpulan kami memilih tema balas dendam sebagai latar belakang cerita. Video seram kami diberi tajuk cincin.Aku pegang watak utama sebagai cucu dan akulah yang kena gangu dengan hantu-hantu tu. Kali ni, kami menampilkan pelakon tambahan iaitu Yefta budak laki kelas kami sebagai suami si hantu kebaya tu.

πŸ’— Pada minggu 12 ni, kena bentang video lagu Dua Insan dalam kelas. Dan  baki ada masa sejam lagi, mula-mula prof. tak nak bagi kami bentangkan video seram takut tak cukup masa. Tapi, kami semua 1 kelas pun pakat pujuk Prof. dan akhirnya prof pun setuju bagi tayang video seram ni. Nak tau tak? Prof.  duduk dekat kerusi depan sebab takut, seram katanya. Hahaha... Comelnya prof. ni. Tapi, malangnya tak semua boleh bentang video seram tu dalam 2 atau 3 kumpulan ja yang sempat. 

πŸ’— Link video seram kumpulan kami: https://www.youtube.com/watch?v=vlo5Lgv-NwU&t=46s

 

 

BBM3410-MINGGU 11

VIDEO ONE SHOT THREE LAYERS

πŸ’˜Hai semua.. pejam celik-pejam celik dah 11 minggu dah. Kali ini kami kena buat video one shot 3 layer. Tugasan kali berbeza sikit sebab lagu untuk three layer ditentukan oleh prof, semua kumpulan diwajibkan menyanyi dan melakonkan watak dalam lagu yang sama iaitu 'dua insan' nyanyian M. Nasir dan Yunizar. Alahai... lagu lama tu, lain sikit lirik dia dengan lagu dua insan yang kita duk besa dengar. Tapi kena redhoooo.....πŸ˜“πŸ˜“

πŸ’˜ Video ini kami kena rekod dekat kawasan yang crowded dgn orang ramai. Alamak!! malunya weh, nanti mesti orang pelik pehal budak ni syiok sorang-sorang. Tapi rela dalam paksalah buat video tu. Tujuannya nak tunjukkan adanya three layer, untuk layer pertama utk penyanyi, layer kedua lakonan, dan layer ketiga apa-apa saja yang melintas di kawasan rakaman contoh orang lalu ka, kereta atau kenderaan lain lalu ka dan pokok yang bergoyang tanpa disengajakan oleh kita sendiri. Menarik bukan? hahaha. Kami pilih lokasi di Dewan Besar, UPM. Jadi, situ memang banyak la kenderaan lalu lalang.
πŸ’˜Tugasan ni  bagi aku mencabar  sebab aku yang kena miming lagu tu. Lepas tu kena hayati lirik dan menjiwai watak bercinta dalam video tu. Aku jadi penyanyi perempuan dan Tikah Zimi jadi penyanyi lelaki.

πŸ’˜ Ini link video one shot 3 layer kumpulan Mok Cun:

 

BBM3410-MINGGU 10

VIDEO ONE SHOT 2 LAYER

πŸ’“ Tugasan  video one shot two layer merupakan tugasan yang hampir sama saja dengan video one shot minggu 6.  Tapi ada kelainannya iaitu ada two layer. Two layer ini bermaksud  dalam video lagu tu, ada penyanyi dan ada pelakon di belakang yang menampakkan video jadi two layer. Video ini kena ada jalan cerita ikut kesesuaian lirik lagu.
Penyanyi kena miming dan juga masuk dalam cerita yang ingin disampaikan.

πŸ’“Tugasan video one shot two layer ni, kumpulan kami pilih lagu 'Lelaki Seperti Aku' nyanyian alif satar.  Aku jadi perempuan gedik dan saiko dalam video ini. Aku pun geli tengok diri sendiri tapi nak buat macam mana kenalah redho demi prof. HAHAHA!!!
Rasanya, video kali ni paling lama sangat nak rakam. Ya Allah! dahlah tengah hangat rembang kami duk bersiap pakai baju ikut watak masing-masing sampai berkali-kali take time lah sebab penat video tak jadi. Tapi lepas dah siap semua, rasa puas dan lega sebab tak sangka kami semua boleh berlakon, menyanyi dan boleh uruskan semua sampai siap.

πŸ’“Penyanyi dalam video ini ialah Nadia, pastu watak lelaki skema ialah Tikah Zimi, Fina pulak sebagai kekasih si penyanyi dan Azimah watak dia paling lawak iaitu kak limah tukang sapuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.


πŸ’“ Video ini kena memuat naik dekat laman Youtube dan kena bentang pada minggu stserusnya dalam kelas. Ini merupakan link video one shot 2 layer:
https://www.youtube.com/watch?v=iLX3CpWNA6Q

 

BBM3410-MINGGU 9

VIDEO JELAJAH FBMK

πŸ’› Hai semua..pakat-pakat sihat ka semua? Ok..pada minggu ni kami diberi tugasan untuk video ni kami kena rakam tentang UPM terutama seklai sekitar fakulti FBMK dan tentang konvokesyen. Kebetulan pada masa tugasan ni, musim konvokesyen jadi tugasan tu bertambah beratlah sikitπŸ˜’. Bukan pasai apa, kena temu bual orang pulak. Kena temu bual keluarga yang datang dan orang yang dah bergraduat untuk tanya tentang perasaan dan pengalaman.  

πŸ’›Kami kena rakam suasana semasa majlis konvokesyen berlangsung. Sebenarnya, disebalik tugasan ni ada pengajarannya yang kami dapat. Kami dapat melihat pelbagai ekspresi wajah gembira mak ayah dan ahli keluarga yang lain, dan benda ni dapat beri suntikan semangat untuk aku sendiri menyiapkan dan meneruskan tugasan dan pita. Aku ada 1 perasaan yang aku nak jugak tengok wajah mak ayah aku gembira macam mak ayah orang lain. tetiba sebak pulak...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

πŸ’›Selain itu, kami juga  ada merakam suasana pesta konvo di UPM ni macam mana. Ada jualan makanan, pakaian dan juga pameran pertanian, haiwan dan jenis-jenis tanaman seperti tanaman orkid. Tujuan asal video jelajah FBMK ni adalah untuk menarik minat  orang luar bagi melanjutkan pelajaran di UPM dan memporomosikan UPM kepada orang luar. 


πŸ’›Berikut merupakan gambar kami bersama keluarga pelajar yang telah bergraduat dan gambar kumpulan kami:







 

πŸ’›Berikut merupakan link bagi video kumpulan Mok Cun: 

 

Thursday, 14 December 2017

BBM3410-MINGGU 8

PEMBENTANGAN KUMPULAN

πŸ’œ Hai semua.. macam mana hari ni? ok ka? baiklah pada minggu ni nak cerita sikit tentang  apa yang kami buat dalam minggu 8. Minggu ni tak ada tangkap-tangkap gambar ka buat video ka apa. Tapi minggu ni kami semua kena buat pembentangan secara berkumpulan. Soalan yang prof bagi pun berdasarkan apa yang kami dah belajar dan praktikkan. 

πŸ’œJadi mati akai nak menjawab tu sebab masa terhad dan jawapan takleh sama. Sapa cepat dia dapatlah untuk jawapan yang mudah-mudah tu. Benda ni kena buat dalam bentuk slide show dalam 1 slide ja. 1 ja pun macam apa lagi sebab pakat berebut nak menulis point kan kena ikut turn sebab komputer dalam bilik kuliah da 1 ja pun.  Masa pembentangan prof nak ada kelainan dari kumpulan lain. Kami kumpulan Mok Cun sepakat nak cakap utara untuk buat pembentangan ini jadi menarik. Kami guna loghat negeri kedah memandangkan ahli kumpulan majoritinya orang utaraπŸ˜€.. Tapi kesiannya, Nadia la sebab dia orang perak jenuh la duk praktis time tu.

πŸ’œ Masa ni memang  masa paling aku seronok sebab puas weh dapat bentang dalam loghat sendiri. Dah lama tunggu saat ini. Aku jadi pembentang pertama, pakat semua nak tergelak la dengaq aku cakap hari tu. Ada la kawan-kawan cakap "haaa.. tudia puas noh cakap kedah, pekat nau." hahahaha

πŸ’œ Ada 3 soalan semuanya dan soalan-soalannya seperti berikut:
1. Apakah tujuan simpulan bahasa dalam multimedia
  • memudahkan golongan buta huruf
  • sebagai alat bantu untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak
  • teknik pembelajaran abad ke-21
2. Bagaimanakah fotografi dikaitkan dengan bahasa
  • memahami bahasa tubuh melalui penggunaan gambar
  • memperkenal lokasi menarik melalui penerangan di bahagian bawah gambar
  • berkongsi info mengenai jenis-jenis fotografi
3. Apakah peranan Video one shots terhadap bahasa
  • pengajaran melalui lirik lagu
  • unsur pengajaran dalam lakonan video
  • membantu golongan kurang upaya memahami mesej melalui lakonan
πŸ’œ Kami jugak kena rekod video masa pembentangan untuk memuat naik dalam Youtube. Ini link video pembentangan kumpulan MokCun:
https://www.youtube.com/watch?v=sL7fSO1Oi_Q&t=42s 

BBM3410-MINGGU 7

PEMBENTANGAN VIDEO ONE SHOT DAN  HANTAR KALENDER

πŸ’•Assalamualaikum...haa apa habaq semua? kali ini, nak cerita sikit pengalaman pada minggu ketujuh. Minggu ni, semua kumpulan akan mempersembahkan video one shot yang telah siap disunting dan dimuat naik dalam YouTube. Inilah masa yang dinanti-nantikan. Memang pakat gelak kaw-kaw lah sebab da kumpulan yang macam lawak.

πŸ’•Sebenarnya, masa nak tayang video kat semua orang tu malu rasanya. Tapi, apa pun kenalah berani terima kenyataan. Apa prof kata "awak kena redho....". Mai part aku ja, semua pakat gelak sebab tiba-tiba ja keluar jadi setan pulak. hahaha tyra siap record kot part aku masukkan dalam story instagram dia. Prof. komen video kumpulan kami ni, miming dia lari sikit.. first try kan 😬😬😬. Tapi kumpulan kami ni bagus dekat bahagian kredit dan masukkan jugak video-video in the making dan video yang tak jadi...

πŸ’• Akhir tu, Prof. bagi komen keseluruhan  dengan mengatakan "bagus, saya nampak kesungguhan awak semua menari, bekerjasama dalam satu pasukan dan masih ada yang malu-malu, keluarkan semua." Paling penting, Prof.bagi markah penuh! Terbaiklah Prof!!!!❀   

πŸ’•Berikut merupakan laman web video one shot kumpulan Mok cun: https://www.youtube.com/watch?v=aHTGHQoYJ0s

BBM3410-MINGGU 6

VIDEO ONE SHOT

πŸ’š Dah jadi jurugambar tak bertauliah, kena pulak dah jadi pelakon + penyanyi πŸ˜“πŸ˜“.  Time ni lah semua pakat tunjuk bakat terpendam tapi masih malu-malu kucing lagi la nak buat sebab tak biasa kan. Masa-masa ni lah nak tengok  orang pemalu tapi bila dalam video dan bertukar 360 darjah.

πŸ’š Video one shot ni kami kena rekod video tanpa edit. Video tak boleh gerak, kena statik ja tapi kami yang kena gerak. Lagu tu bebas ikut kumpulan masing-masing nak bantai nyanyi lagu apa, HAHAHA!!!!  lepas tu kena miming lagu tu, kena menari dan berlakon sekali. Usaha keras jugaklah nak jadikan video one shot ni menarik dan menambat hati prof, yang penting markah penuh! huhuhu, kau hado??


πŸ’š  Mok cun pilih lagu 'Kalau Berpacaran'. Dalam lagu ni da laki dan ada yang jadi setan. Persoalannya sapa yang nak jadi laki kalau pakat semua ahli perempuan? jadi nak taknak adalah sorang kena jadi iaitu tikah zimi. HAHAHAHA!!! Aku pulak jadi apa? aku jadi setan, ni lah pengalaman aku rakam video siap miming buat mimik muka setan siap pakai lipstik merah mak ngah pastu pakai tanduk, gigihlah aku dan fina buat prop malam tu. Berikut adalah gambar kumpulan aku Mok Cun:


SEMASA BUAT PROP
BARISAN PARA PELAKON
BABAK SEMASA MENYIAPKAN VIDEO ONE SHOT
 
πŸ’š Setelah siap pembikinan video one shot kami diminta untuk memuat naik dalam laman Youtube dan dalam instagram masing-masing. Setiap tugasan yang kena buh instagram semuanya kena buat #merapu yang menjadi lawak dan tak bosan bila baca. Ini adalah link youtube video kumpulan kami:
 

BBM3410-MINGGU 5

SIMPULAN BAHASA

πŸ’œKami semua kena buat satu slide show Power Point yang akan memaparkan 10 simpulan bahasa berdasarkan gambar, yang mana bila orang tengok gambar tu, boleh faham simpulan bahasa tersebut bawak makna apadia. Tugasan ini akan ditayangkan di dalam kelas pada minggu ke-6. Kami diminta untuk memasukkan mana-mana lagu Melayu dalam slide dan perlu kerditkan kpd para pelakon yg ada dlm gambar serta penyanyi dan syarikat terbitan lagu tersebut.

πŸ’œKumpulan kami iaitu Mok Cun telah memilih simpulan bahasa seperti dibawah:

  • Puteri lilin (seseorang yang tidak sukakan cuaca panas)
  • Durian runtuh (mendapat duit atau ganjaran)
  • cakar ayam (tulisan buruk)
  • buku lima (bertumbuk,bergaduh)
  • cahaya mata (bayi)
  • bulan madu (bercuti bersama pasangan)
  • panjang tangan (mencuri)
  • hangat hati (marah)
  • tawar hati
  •  hati tikus 
πŸ’œ  Kami diminta untuk upload simpulan bahasa yang telah diconvertkan kepada video dalam laman Youtube. Berikut link Youtube: 
https://www.youtube.com/watch?v=d7x8k06DSsU 

πŸ’œ Berikut adalah contoh beberapa slide yang telah kami  siapkan: 

  

Wednesday, 13 December 2017

BBM3410-MINGGU 4

FOTOGRAFI 2

πŸ’• Pada minggu ini, ada tugasan baru iaitu FOTOGRAFI 2. Alahai...redho jerlah.πŸ˜„. Fotografi kali ini berkaitan dengan:
  • Flat Lay
  • Half Flat lay
  • Quarter Flat Lay
  • Potrait
πŸ’• Macam-macam cabaran yang Mok Cun alami. Flat lay ini ada dua bahagian iaitu manusia dan barang. Paling mencabar sekali adalah ketika hendak ambil gambar flat lay manusia. Ya ALLAH!!! dah lah tengah hari rembang semua pakat duk pulun ambil gambar sampai baring-baring atas trek laluan joging la, lepas tu baring atas meja duk susun baring atas bawah dengan hangat lit-lit. Lokasinya dekat Bukit Ekspo. Demi nak hasilkan gambar yang cantik kenalah gigihkan 😌. Masa duk kalut-kalut ambil gambarlah aku pun sakit perot memulas-memulas πŸ’¨πŸ’¨. Akhir sekali, balik tangkap gambar dekat tepi kolej 14.  4 orang baring atas rumput yang hijau elok ja warna dia, yang seorang lagi tukang ambil gambar. Berani jugaklah, nak ambil gambar yang cantik siap tangkap dari atas balkoni kolej. Perghhh...gigihlah weh😁

πŸ’• Tugasan ini juga perlu disiapkan dalam masa 2 minggu dan di muat naik dalam laman instagram. Kami kumpulan Mok Cun ini memilih untuk bahagi-bahagikan gambar yang perlu di muat naik. Jadi adillah untuk semua orang. Berikut adalah gambar-gambar yang telah di muat naik di instagram:

           

πŸ’• Berikut merupakan beberapa contoh bagi setiap jenis fotografi:

POTRAIT



        
 
HALF FLAT LAY


FLAT LAY BARANG
FLAT LAY MANUSIA



















QUARTER FLAT LAY




 πŸ’• Setelah dimuat naik kami perlu mendapatkan like dari prof, berikut gambar like yang kami dapat iaitu sebanyak 21 likes, yeayyyy dapat markah penuhπŸ‘πŸ‘πŸ‘.
 

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...