VIDEO SERAM
💗 Hai semua.. kali ni nak cerita sikit tentang tugasan membuat video seram pendek. Tugasan ini kena siapkan pada minggu 11 lagi. Awal-awal prof. bagi tugasan ni, aku dah rasa cuak kot. Yelah kena berlakon hantu-hantu sebab takut kena gangu ja bukan apa kan. Tapi ni memang pengalaman yang paling menarik sebab kami semua kerjasama cari prop la dan rancang jalan cerita. Dalam video ini aku dapat pengalaman mekapkan hantu-hantu. HAHAHA!!! habis muka cantik kawan aku jadi buruk. Untuk pengetahuan semua, video ini hanya diperuntukkan selama 7 minit sahaja. Tak jauh pun lokasinya, dekat Kolej 14 ja. Hahaha..
💗 Kumpulan kami memilih tema balas dendam sebagai latar belakang cerita. Video seram kami diberi tajuk cincin.Aku pegang watak utama sebagai cucu dan akulah yang kena gangu dengan hantu-hantu tu. Kali ni, kami menampilkan pelakon tambahan iaitu Yefta budak laki kelas kami sebagai suami si hantu kebaya tu.

💗 Pada minggu 12 ni, kena bentang video lagu Dua Insan dalam kelas. Dan baki ada masa sejam lagi, mula-mula
prof. tak nak bagi kami bentangkan video seram takut tak cukup masa. Tapi, kami semua 1 kelas pun pakat pujuk Prof. dan akhirnya prof pun setuju bagi tayang video seram ni.
Nak tau tak? Prof. duduk dekat kerusi depan sebab takut, seram
katanya. Hahaha... Comelnya prof. ni. Tapi, malangnya tak semua boleh bentang video seram tu dalam 2 atau 3 kumpulan ja yang sempat.
💗 Link video seram kumpulan kami: https://www.youtube.com/watch?v=vlo5Lgv-NwU&t=46s
No comments:
Post a Comment