VLOG
💚💛 Hai semua, minggu ini merupakan sebelum minggu terakhir kelas Multimedia dalam Bahasa. Yelah, minggu 13 tu hari cuti umum jatuh pada hari isnin jadi kelas tiadalah. Makanya. kami kena buat vlog iaitu satu video individu. Vlog ini bertujuan untuk menceritakan pengalaman ambil kelas BBM3410 sepanjang 1 semester.
💚💛 Sebenarnya 4 minit ja kena cakap, tapi rasa tak cukuop sebab tak dan cerita semua apa yang terjadi. Video ini boleh ambil dalam bentuk medium shot tapi tak boleh long shot. Video tu jangan lah duk pusing-pusing banyak sangat nanti prof pening nak tengok. Boleh panning sikit ja dan Boleh bertukar-tukar lokasi dan latar belakang tu mestilah menarik.
💚💛 Jadi aku rakam video ni secara selfie di taman permainan Taman Sri Serdang. Cantik jugak tempat dia. Cabaran dia, kena tahan malu sebab nak rekod ni depan orang ramai. Tempat awam kan, jadi ramailah duk tengok aku pelik ja. Da lah orang lalu-lalang belakang sampai dah jadi macam video 3 layer dengan orang lalu dan pokok goyang. Hehehe. praktiskan apa yang dah belajar.
Bawah ni, link video vlog:
No comments:
Post a Comment