Thursday, 14 December 2017

BBM3410-MINGGU 6

VIDEO ONE SHOT

💚 Dah jadi jurugambar tak bertauliah, kena pulak dah jadi pelakon + penyanyi 😓😓.  Time ni lah semua pakat tunjuk bakat terpendam tapi masih malu-malu kucing lagi la nak buat sebab tak biasa kan. Masa-masa ni lah nak tengok  orang pemalu tapi bila dalam video dan bertukar 360 darjah.

💚 Video one shot ni kami kena rekod video tanpa edit. Video tak boleh gerak, kena statik ja tapi kami yang kena gerak. Lagu tu bebas ikut kumpulan masing-masing nak bantai nyanyi lagu apa, HAHAHA!!!!  lepas tu kena miming lagu tu, kena menari dan berlakon sekali. Usaha keras jugaklah nak jadikan video one shot ni menarik dan menambat hati prof, yang penting markah penuh! huhuhu, kau hado??


💚  Mok cun pilih lagu 'Kalau Berpacaran'. Dalam lagu ni da laki dan ada yang jadi setan. Persoalannya sapa yang nak jadi laki kalau pakat semua ahli perempuan? jadi nak taknak adalah sorang kena jadi iaitu tikah zimi. HAHAHAHA!!! Aku pulak jadi apa? aku jadi setan, ni lah pengalaman aku rakam video siap miming buat mimik muka setan siap pakai lipstik merah mak ngah pastu pakai tanduk, gigihlah aku dan fina buat prop malam tu. Berikut adalah gambar kumpulan aku Mok Cun:


SEMASA BUAT PROP
BARISAN PARA PELAKON
BABAK SEMASA MENYIAPKAN VIDEO ONE SHOT
 
💚 Setelah siap pembikinan video one shot kami diminta untuk memuat naik dalam laman Youtube dan dalam instagram masing-masing. Setiap tugasan yang kena buh instagram semuanya kena buat #merapu yang menjadi lawak dan tak bosan bila baca. Ini adalah link youtube video kumpulan kami:
 

No comments:

Post a Comment

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS 💚 Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...