Wednesday, 13 December 2017

BBM3410-MINGGU 4

FOTOGRAFI 2

πŸ’• Pada minggu ini, ada tugasan baru iaitu FOTOGRAFI 2. Alahai...redho jerlah.πŸ˜„. Fotografi kali ini berkaitan dengan:
  • Flat Lay
  • Half Flat lay
  • Quarter Flat Lay
  • Potrait
πŸ’• Macam-macam cabaran yang Mok Cun alami. Flat lay ini ada dua bahagian iaitu manusia dan barang. Paling mencabar sekali adalah ketika hendak ambil gambar flat lay manusia. Ya ALLAH!!! dah lah tengah hari rembang semua pakat duk pulun ambil gambar sampai baring-baring atas trek laluan joging la, lepas tu baring atas meja duk susun baring atas bawah dengan hangat lit-lit. Lokasinya dekat Bukit Ekspo. Demi nak hasilkan gambar yang cantik kenalah gigihkan 😌. Masa duk kalut-kalut ambil gambarlah aku pun sakit perot memulas-memulas πŸ’¨πŸ’¨. Akhir sekali, balik tangkap gambar dekat tepi kolej 14.  4 orang baring atas rumput yang hijau elok ja warna dia, yang seorang lagi tukang ambil gambar. Berani jugaklah, nak ambil gambar yang cantik siap tangkap dari atas balkoni kolej. Perghhh...gigihlah weh😁

πŸ’• Tugasan ini juga perlu disiapkan dalam masa 2 minggu dan di muat naik dalam laman instagram. Kami kumpulan Mok Cun ini memilih untuk bahagi-bahagikan gambar yang perlu di muat naik. Jadi adillah untuk semua orang. Berikut adalah gambar-gambar yang telah di muat naik di instagram:

           

πŸ’• Berikut merupakan beberapa contoh bagi setiap jenis fotografi:

POTRAIT



        
 
HALF FLAT LAY


FLAT LAY BARANG
FLAT LAY MANUSIA



















QUARTER FLAT LAY




 πŸ’• Setelah dimuat naik kami perlu mendapatkan like dari prof, berikut gambar like yang kami dapat iaitu sebanyak 21 likes, yeayyyy dapat markah penuhπŸ‘πŸ‘πŸ‘.
 

No comments:

Post a Comment

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...