Saturday, 16 December 2017

BBM3410-AMALI 2



AMALI 2

πŸ’• Tugasan 2 untuk kelas amali ni ialah buat kalender  tahun 2018. Dengar pun dah macam gempak kan? tapi sementara nak dapat hasil tu, mencarut jugaklah sebab susah jugak. Belajar sendiri melalui Youtube, macam mana nak edit gambar, crop gambar pastu sesuaikan dengan latar belakang, cara buat layer-layer dalam kalender, edit sendiri kalender bagi dalam bahasa Melayu dan lepas tu kena ada kata-kata hikmah. Kalender ini untuk koleksi peribadi aku jadi kata-kata hikmah aku pilih untuk motivasikan diri sendiri ja lah.

πŸ’• Kalender ini kami edit guna Adobe Photoshop. Nasiblah dalam laptop ni memang dah ada aplikasi ni. Jadi, aku taklah jakun sangat sebab aku dah pernah main aplikasi ni untuk crop gambar masa zaman sekolah dulu. Tapi nak buat kalender sampai bermingu-mingu jugaklah sebelum nak cetak. Seorang budak kelas kami iaitu Azimah dan rakannya Nadia dan Atikah Zimi yang tolong kutip duit dan kumpul soft copy kalender untuk cetak di kedai dekat Sri Serdang.πŸ’•πŸ’•

πŸ’• Harga kalender ni rm28. Kami duk merungut cakap mahal tapi berbaloi bila tengok hasilnya sebab kertas kami tu yang kulit keras dan berkilat, kertas paling elok la senang cakap. Pastu aku pun ciwi syiok post dalam Instagram tentang kalender ni dan ramai kawan-kawan aku wasap dan DM tanya sai kalender . Sapa tak suka bila dipuji hasil kerja ni cantik dan tip top.hahahaha… dan ada yang siap nak tempah suruh buatkan kalender ni termasuk mak aku jugaklah yang tempah. HAHAHAHA!!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ’•Berikut merupakan antara beberapa contoh kata-kata hikmah yang aku letak dalam kalender :

  • Hati yang terluka umpama besi bengkok, walau diketuk sukar untuk kembali   kepada bentuk asalnya.
  • Hargai sesuatu yang sederhana, kadangkala itulah yang membuatkan kita bahagia.
  • Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu,maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.
  • Tuhan menciptakan penyesalan biar kita tahu bahawa tidak semua hal boleh diulang di dunia ini.

πŸ’•Berikut merupakan gambar kalender 2018 yang telah aku hasilkan. Macam mana? cantik ke idokkk? hahahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
 

No comments:

Post a Comment

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...