Monday, 18 December 2017

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS

πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak boleh belajar lagi dengan prof. Mesti rindu saat prof cakap "apa-apa pun awak kena redho". Hari ini, kami buat sesi bergambar bersama-sama prof. Prof sangat sporting dan lawak, jadi memang kami 1 kelas enjoy kelas prof ni. Ikhlas saya cakap, saya memang enjoy kelas multimedia ni.

πŸ’› Kami diminta untuk mengambil gambar 1 kumpulan dan perlu menulis nama serta no.matrik bagi memudahkan prof untuk menyemak dan beri markah.

 

πŸ’œ Terima kasih prof. sebab ajar kami satu benda yang baru. Bukan sahaja belajar bahasa tapi budak bahasa jugak mampu berlakon, menyanyi, buat kalender, buat video melalui power point. Kalau tak masuk kelas ni, aku memang tak tahu langsung yang dekat power point boleh buat video dan jenis-jenis fotografi. Terima kasih prof. sayang prof. sangat-sangat. #Prof.Awesome #Prof.ComelBilaTakutHantu. hahahaha
Gambar kumpulan MokCun bersama Prof.Dr Normaliza
 

SITI ATIQAH BT RAMLE
177379

Saturday, 16 December 2017

BBM3410-MOK CUN

MOK CUN

😻 Kumpulan Mok Cun ini terdiri daripada 5 orang ahli. Siti atiqah iaitu aku sendiri, Nadia Shuhada, Atikah Azimi, Syafinah dan Azimah Ishak. Nama kumpulan ni hasil persetujuaan semua ahli kumpulan. Semua budak kelas pun tahu, kebanyakkan ahli kumpulan kami ni majoriti orang utara.

😻 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan MokCun sebab sama-sama beri sepenuh kerjasama bagi menyiapkan semua tugasan sama ada tugasan Fotografi ataupun Video. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, dan ia akan jadi kenanagan yang terindah sepanjang tempoh persahabatan kita di UPM. Setiap tugasan, semua dapat rasa jadi watak penting dan cuba sesuatu yang tak pernah buat. Terima kasih semua, sayang hampa semuaπŸ’•πŸ’•πŸ’•.

😻Dalam bahagian ni, aku akan cerita sikit tentang kawan-kawan aku:

 

 


Ni nadia shuhada. Dalam setiap video kami buat ada watak-watak sendiri. Ini antara watak nadia pegang dalam video seram. Hantu cantik! hahahaha. Dalam Video One shot 2 layer nadia pegang watak utama iaitu jadi penyanyi lelaki. Watak perempuan gedik pun nadia pernah bawak tau. Comel ja nadia jadi laki masa tu. Jadi setiap minggu, semua akan dapat watak-watak yang tak pernah buat.  Aku ler tu mekapkan muka nadia sampai jadi terok macam tu. HAHAHA!





Ni Atikah Azimi. Dia ni selalu pegang watak lelaki ja. HAHAHA!! Tapi dia pandai main watak lelaki sebab tu kami semua sepakat bagi watak tu dekat dia. Video kedua dia jadi lelaki skema, memang skema betullah tikah pakai masa tu. Video ke 3 yang lagu 2 insan pulak tikah jadi penyanyi laki. Jenuh dia hafal lagu sebab lagu slow tapi lirik dia cepat sangat nak nyanyi pun kalut-kalut ja.






 Ni azimah ishak. Azie ni dalam video pertama dia jadi penyanyi lelaki.  Dalam video kedua jadi tukang sapu. Tapi azi berjaya buat humor dalam video kedua tu. GOOD JOB AZI! hahaha. Yang ni watak azi dalam video seram jadi nenek kebayan. Nampak tua an? aku la jugak mekapkan azi.. takut la tengok depan-depan. HAHAHAHA




Ni pulak Syafinah. Kami panggil fina ja. Fina ni dalam video pertama jadi ana rafali, aku nak tergelak tengok fina tak tau pasai pa rasa terhibur. Mungkin sebab aku tak pernah tengok fina duk menari buat gaya apa semua kot. Watak dalam gambar fina jadi nenek. Alahai, jenuh nak bagi putih kening dia sebab tebal dan hitam sangat. Nampak tua kan? Jadia semua merasa jadi watak penting dalam setiap video kami hasilkan.

BBM3410-AMALI 2



AMALI 2

πŸ’• Tugasan 2 untuk kelas amali ni ialah buat kalender  tahun 2018. Dengar pun dah macam gempak kan? tapi sementara nak dapat hasil tu, mencarut jugaklah sebab susah jugak. Belajar sendiri melalui Youtube, macam mana nak edit gambar, crop gambar pastu sesuaikan dengan latar belakang, cara buat layer-layer dalam kalender, edit sendiri kalender bagi dalam bahasa Melayu dan lepas tu kena ada kata-kata hikmah. Kalender ini untuk koleksi peribadi aku jadi kata-kata hikmah aku pilih untuk motivasikan diri sendiri ja lah.

πŸ’• Kalender ini kami edit guna Adobe Photoshop. Nasiblah dalam laptop ni memang dah ada aplikasi ni. Jadi, aku taklah jakun sangat sebab aku dah pernah main aplikasi ni untuk crop gambar masa zaman sekolah dulu. Tapi nak buat kalender sampai bermingu-mingu jugaklah sebelum nak cetak. Seorang budak kelas kami iaitu Azimah dan rakannya Nadia dan Atikah Zimi yang tolong kutip duit dan kumpul soft copy kalender untuk cetak di kedai dekat Sri Serdang.πŸ’•πŸ’•

πŸ’• Harga kalender ni rm28. Kami duk merungut cakap mahal tapi berbaloi bila tengok hasilnya sebab kertas kami tu yang kulit keras dan berkilat, kertas paling elok la senang cakap. Pastu aku pun ciwi syiok post dalam Instagram tentang kalender ni dan ramai kawan-kawan aku wasap dan DM tanya sai kalender . Sapa tak suka bila dipuji hasil kerja ni cantik dan tip top.hahahaha… dan ada yang siap nak tempah suruh buatkan kalender ni termasuk mak aku jugaklah yang tempah. HAHAHAHA!!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ’•Berikut merupakan antara beberapa contoh kata-kata hikmah yang aku letak dalam kalender :

  • Hati yang terluka umpama besi bengkok, walau diketuk sukar untuk kembali   kepada bentuk asalnya.
  • Hargai sesuatu yang sederhana, kadangkala itulah yang membuatkan kita bahagia.
  • Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu,maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.
  • Tuhan menciptakan penyesalan biar kita tahu bahawa tidak semua hal boleh diulang di dunia ini.

πŸ’•Berikut merupakan gambar kalender 2018 yang telah aku hasilkan. Macam mana? cantik ke idokkk? hahahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
 

BBM3410-AMALI 1


SLIDE LAGU

πŸ’œπŸ’™ Hai semua.. nak cerita lah sikit yang kelas Multimedia dalam Bahasa ini juga ada kelas amali. Tugasan ini adalah individu, jadi amali pertama kami buat adalah buat video melalui Power Point . Haa.. amacam? hebat tak? hahaha mula-mula masuk macam jakun jugak sebab tak tau apa kan. Semua kami prosah buat sendiri. Kelas ni, dipantau oleh grf prof. Cik Masitah.

πŸ’œπŸ’™ Kami kena sediakan 20 gambar untuk buat 20 slide show. Hahaha…masa tu pakat kalut cari la gambar family, gambar bersama kawan-kawan dan gambar permandangan yang sendiri tangkap. Nasiblah, aku ni jenis suka simpan jugak gambar permandangan.
Awal-awal buat benda ni mencarut jugaklah sebab nak edit lagu tu kena betul-betul ikut lirik lagu. Aku pilih lagu β€˜Pesan’ nyanyian Irfan Haris penyanyi budak-budak baru nak up tu. Lagu dia best sebab aku boleh sesuaikan gambar dengan lirik. Tak daklah cantik sangat aku edit.

πŸ’œπŸ’™ Bawah ni merupakan beberapa contoh  slide yang aku buat:















 

BBM3410-MINGGU 13

VLOG

πŸ’šπŸ’› Hai semua, minggu ini merupakan sebelum minggu  terakhir kelas Multimedia dalam Bahasa.  Yelah, minggu 13 tu hari cuti umum jatuh pada hari isnin jadi kelas tiadalah. Makanya. kami kena buat vlog iaitu satu video individu. Vlog ini bertujuan untuk menceritakan pengalaman ambil kelas BBM3410 sepanjang 1 semester.

πŸ’šπŸ’› Sebenarnya 4 minit ja kena cakap, tapi rasa tak cukuop sebab tak dan cerita semua apa yang terjadi. Video ini boleh ambil dalam bentuk medium shot tapi tak boleh long shot. Video tu jangan lah duk pusing-pusing banyak sangat nanti prof pening nak tengok. Boleh panning sikit ja dan Boleh bertukar-tukar lokasi dan latar belakang tu mestilah menarik.

πŸ’šπŸ’› Jadi aku rakam video ni secara selfie di taman permainan Taman Sri Serdang. Cantik jugak tempat dia. Cabaran dia, kena tahan malu sebab nak rekod ni depan orang ramai. Tempat awam kan, jadi ramailah duk tengok aku pelik ja. Da lah orang lalu-lalang belakang sampai dah jadi macam video 3 layer dengan orang lalu dan pokok goyang. Hehehe. praktiskan apa yang dah belajar. 

Bawah ni, link video vlog:

BBM3410- MINGGU 12

VIDEO SERAM

πŸ’— Hai semua.. kali ni nak cerita sikit tentang tugasan membuat video seram pendek. Tugasan ini kena siapkan pada minggu 11 lagi. Awal-awal prof. bagi tugasan ni, aku dah rasa cuak kot. Yelah kena berlakon hantu-hantu sebab takut kena gangu ja bukan apa kan. Tapi ni memang pengalaman yang paling menarik sebab kami semua kerjasama cari prop la dan rancang jalan cerita. Dalam video ini aku dapat pengalaman mekapkan hantu-hantu. HAHAHA!!! habis muka cantik kawan aku jadi buruk.  Untuk pengetahuan semua, video ini hanya diperuntukkan selama 7 minit sahaja. Tak jauh pun lokasinya, dekat Kolej 14 ja. Hahaha..
πŸ’— Kumpulan kami memilih tema balas dendam sebagai latar belakang cerita. Video seram kami diberi tajuk cincin.Aku pegang watak utama sebagai cucu dan akulah yang kena gangu dengan hantu-hantu tu. Kali ni, kami menampilkan pelakon tambahan iaitu Yefta budak laki kelas kami sebagai suami si hantu kebaya tu.

πŸ’— Pada minggu 12 ni, kena bentang video lagu Dua Insan dalam kelas. Dan  baki ada masa sejam lagi, mula-mula prof. tak nak bagi kami bentangkan video seram takut tak cukup masa. Tapi, kami semua 1 kelas pun pakat pujuk Prof. dan akhirnya prof pun setuju bagi tayang video seram ni. Nak tau tak? Prof.  duduk dekat kerusi depan sebab takut, seram katanya. Hahaha... Comelnya prof. ni. Tapi, malangnya tak semua boleh bentang video seram tu dalam 2 atau 3 kumpulan ja yang sempat. 

πŸ’— Link video seram kumpulan kami: https://www.youtube.com/watch?v=vlo5Lgv-NwU&t=46s

 

 

BBM3410-MINGGU 11

VIDEO ONE SHOT THREE LAYERS

πŸ’˜Hai semua.. pejam celik-pejam celik dah 11 minggu dah. Kali ini kami kena buat video one shot 3 layer. Tugasan kali berbeza sikit sebab lagu untuk three layer ditentukan oleh prof, semua kumpulan diwajibkan menyanyi dan melakonkan watak dalam lagu yang sama iaitu 'dua insan' nyanyian M. Nasir dan Yunizar. Alahai... lagu lama tu, lain sikit lirik dia dengan lagu dua insan yang kita duk besa dengar. Tapi kena redhoooo.....πŸ˜“πŸ˜“

πŸ’˜ Video ini kami kena rekod dekat kawasan yang crowded dgn orang ramai. Alamak!! malunya weh, nanti mesti orang pelik pehal budak ni syiok sorang-sorang. Tapi rela dalam paksalah buat video tu. Tujuannya nak tunjukkan adanya three layer, untuk layer pertama utk penyanyi, layer kedua lakonan, dan layer ketiga apa-apa saja yang melintas di kawasan rakaman contoh orang lalu ka, kereta atau kenderaan lain lalu ka dan pokok yang bergoyang tanpa disengajakan oleh kita sendiri. Menarik bukan? hahaha. Kami pilih lokasi di Dewan Besar, UPM. Jadi, situ memang banyak la kenderaan lalu lalang.
πŸ’˜Tugasan ni  bagi aku mencabar  sebab aku yang kena miming lagu tu. Lepas tu kena hayati lirik dan menjiwai watak bercinta dalam video tu. Aku jadi penyanyi perempuan dan Tikah Zimi jadi penyanyi lelaki.

πŸ’˜ Ini link video one shot 3 layer kumpulan Mok Cun:

 

BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS πŸ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...