Wednesday, 29 November 2017

BBM3410-MINGGU 3

FOTOGRAFI 1 
๐Ÿ’œ Pada pagi minggu ini, prof serah balik kerja asas grafik dan memberi komen terhadap tugasan asas grafik tersebut. Minggu ketiga ini pelajar diberikan tugasan tentang fotografi 1. Terdapat  5 jenis shot fotografi yang perlu dilakukan. Sebelum pelajar keluar mengambil gambar di luar kelas. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan.

 ๐Ÿ’› 5 jenis fotografi yang perlu kami ambil berdasarkan kriteriannya seperti berikut:


  • Mug Shot (depan, sisi, senget)
        - Mug shot merupakan gambar yang hanya fokuskan kepada muka.


  • Long Shot (pemandangan, manusia, manusia & pemandangan)
       - Long shot merupakan gambar yang diambil dari jarak yang jauh.

  • Medium Shots (manusia)
       - Medium shot merupakan gambar yang diambil hanya dari kepala sehingga paras   

         pinggang sahaja.

  • Over the Shoulder Shots (manusia, pemandangan)
        - Over the shouder merupakan gambar diambil dari sisi bahu.
 

  • Bird eye View (manusia, pemandangan)
       - Bird eye view merupakan gambar diambil seperti mata burung yang sedang melihat dari pandangan atas.


๐Ÿ’™Kelam kabut semua pakat kalut cari lokasi dan cuba sedaya upaya nak ambil gambar ikut justifikasi yang prof nak. Setelah selesai mengambil gambar, semua kena memuat naik gambar tersebut dalam laman sesawang Instagram. Pelajar diberikan masa sehingga pukul 1 tengah hari untuk memuat naik gambar tersebut. Makanya semua perlu redho dengan ketentuan prof๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Setelah di muat naik gambar-gambar tersebut dalam laman instagram makanya satu kumpulan perlu mendapatkan sebanyak 15 likes daripada 22 gambar.

๐Ÿ’œBerikut merupakan contoh  gambar kump kami yang telah di muat naik laman instagram :

 




















๐Ÿ’šBerikut merupakan beberapa contoh gambar jenis fotografi 1:

MEDIUM SHOT

LONG SHOT





















BIRD EYE VIEWS BENDA
BIRD EYE VIEWS MANUSIA









OVER THE SHOULDER MANUSIA
OVER THE SHOULDER BENDA

Tuesday, 21 November 2017

BBM3410-MINGGU 1

โค Hai semua, nama aku Siti Atiqah dari Universiti Putra Malaysia. Merupakan pelajar tahun akhir bagi tahun 2017 ini. Untuk makluman cheq ni oghang kedah. Jenis budak pendiam ja dalam kelas tapi bila orang duk tayang video tugasan dalam kelas, akulah yang duk gelak kuat-kuat tu. HAHAHAHA!!!!


โคTudia!! Jadi, tujuan blog ini dibuat adalah untuk menceritakan apadia tugasan-tugasan yang kami buat, alah.. macam coretan diari tu. hehehe. Semua orang jadi #CuakNakMampuih ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ sebab ramai yang cakap kelas BBM3410 ini banyak sangat kerja yang prof bagi. prof ini cerewetlah, garanglah tetapi bila masuk-masuk kelas ini tanggapan tu hilang. Yelah orang cakap "tak kenal makan tak cinta", bila dah kenal dan tahu cara prof ni macam mana jadi semua orang enjoy  dalam kelas ini.

โค Setiap minggu macam biasa mesti ada tugasan yang prof bagi. Walaupun pada mulanya susah, tapi kami semua dapat buat dengan jayanya siap dapat markah penuh lagi.๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’™... hahahaha seronok tu tak taulah nak cerita.  Pada minggu pertama ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada 8 kumpulan, satu kumpulan dalam 4 atau 5 orang.  Kumpulan kami buh nama Mok Cun. Ahli kumpulan terdiri daripada  aku sendiri, atikah azimi, nadia, syafinah dan azimah.

 

โค Jadi, minggu pertama ini, prof minta kami untuk menyediakan beberapa benda untuk tugasan pada minggu kedua. Barang-barang yang perlu disediakan ialah:
  • gunting
  • pisau pemotong kertas
  • reben dalam 3 suku meter dan lebarnya satu inci
  • mounting board warna hitam dan bersazi A4
  • majalah yang kertasnya berkilat dan licin
  • pembaris
  • puncher

Wednesday, 15 November 2017

BBM3410-MINGGU 2

ASAS GRAFIK

๐Ÿ’›๐Ÿ’š Semua kumpulan telah diminta untuk bawa peralatan bagi menghasilkan kerja asas grafik seperti arahan yang telah diberikan pada minggu lepas. Benda-benda yang kena bawak ni tak ada lah leceh sangat. Antara peralatan yang diperlukan ialah:
  • Gunting
  • Gam UHU stick
  • Pisau 
  • Reben
  • Mounting board bersaiz A4
  • Majalah yang halamannya berkilat dan licin
  • Pembaris 
  • Puncher
 ๐Ÿ’š๐Ÿ’› Asas grafik terbahagi kepada 5 :



๐Ÿ’›๐Ÿ’š Setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan asas grafik ini mengikut masa yang ditetapkan. Pada masa ni, semua orang menjadi stress dan tertekan kerana perlu membuat kerja yang rumit iaitu mengunting huruf-huruf yang saiznya macam sebesar kuman. #StressMacamGilaMeroyanLakiMati๐Ÿ’†๐Ÿ’† Mau tak meroyang stress kot sebab kena siapakan sampai pukul 1 dah lah tak ada skill nak buh gam bagi tak nampak gelembung-gelembung dengan kena teliti kiri, kanan, atas dan  bawah gambar tu. Berpeluh jugaklah tera nak siap pun weh.


Muka Depan
Teks

Warna

Mudah

Kesesuaian

Keseimbangan







 











BBM3410-MINGGU 14

HARI TERAKHIR KELAS ๐Ÿ’š Hari ini merupakan hari terakhir kelas multimedia. Ya Allah, sedihnya rasa sebab lepas ni tak boleh jumpa dan tak ...